Saturday, August 20, 2011

Onar Syahdu



Assalamu'alaikum,

Menangis tatkala menonton video ini. Terkenang peristiwa itu. Nostalgia yang terkesan hingga hari ini.

Dulu...

Tidak pernah hendak mengambil kisah untuk berterima kasih dan menghargai dia. Malah macam-macam idea yang difikirkan untuk mendapatkan apa yang saya mahu sungguhpun cara itu menyakiti hatinya. Mereka yang lain memang tidak faham dengan perangai saya. Geram. Belajar malas, yang rajinnya...cari masalah! Mungkin kerana itu, mereka seolah menyamakan saya dengannya.

Sekarang...

Hari ini, genap 10 tahun. Saya tahu, dia bukanlah seorang yang sempurna. Saya tahu, kesan nostalgia itu masih berbekas dalam hati mereka. Namun, perubahan dan jarak masa banyak memberi peluang untukku berubah. Menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran diri yang berharga. Berharga kerana membuatkanku berfikir, menyesali perbuatan lama. Bodoh! Memang perkataan itu yang selalu bermain di minda. Benarlah kata ungkapan, 

'sudah terhantuk baru terngadah'
'hendak terberak, baru hendak gali lubang'
'nasi sudah jadi bubur'

Tetapi...Allah S.W.T Maha Mengetahui, merencana kehidupan manusia. Dipertemukan dengan ramai insan hebat telah memotivasikan diri untuk mencekalkan hati. 

"Historia Magistra Vitae Est" - History is the great teacher of life.
Inilah ungkapan yang digunakan untuk timbal balik 3 pepatah diatas. Pernah sengaja memusing minda (reverse psycology) perihal nasi sudah menjadi bubur. Sungguhpun nasi sudah menjadi bubur, tidak bermakna bubur itu tidak boleh dimakan. Malah boleh diubah menjadi bubur yang lebih sedap sekiranya kena cara dan usahanya. Mungkin boleh menjadi bubur lambuk Kampung Baru...ataupun Bubur Ayam McD. Siapa tahu, berkat usaha dan dorongan insan-insan hebat ini...hati yang pernah terguris dahulu, hari ini menjadi lebih kental bahkan boleh memanfaatkan orang lain.

Nanti...

Akan dicekalkan hati ini untuk terus mencari. Inginku lihat sekali lagi wajah kasihmu. Inginku ceritakan semua yang terbuku di hati ini yang terpendam selama 10 tahun. Mungkin sekarang mereka masih lagi memilih mengunci hati mereka. Tetapi tidak mustahil...ego itu dileburkan, akan dibukakan pintu hati mereka.

"Insya' Allah,awak dapat jumpa dia. Apa pun, dia tetap abah awak"

Sungguhpun ringkas, tetapi susunan ayat ini benar-benar menyentuh hati, memotivasi diri untuk terus mencari. Terima kasih...insan hebat yang ku kagumi.

p/s: adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membahagiakan kedua ibu bapanya walau macam mana sekalipun perangai dan keadaan mereka. Kerana ibu bapa tidak boleh digantikan dengan apa-apa mahupun sesiapa.
 
Salam Hormat.

1 comments:

shazni hj muda said...

saya tahu sape org hebat itu..hehe :) by the way...be strong man...ape pun ujian yg Allah turunkan...tu tanda ingatanNya pada kita...rencana Allah mmg indah...tak akan dtg tanpa hikmah tersendiri...moga Allah permudahkan jalan anda dan keluarga..dab kebahagiaan itu kelak dalam dakapanmu! :) ameen ~~

Post a Comment

sahutan perjuangan

 
Copyright © 2010 Mohamad Azfar. All rights reserved.