Thursday, August 25, 2011

Seandainya...

Assalamu'alaikum,

aku memilih utk meleburkan ego yg menebal dlm diri ini. wahai bonda, keluarga tercinta. maafkan anakanda yg hina ini. yg terkadang bersikap sombong terhadap kalian. rakan2...kutahu, diri ini terkadang menyakiti kalian, menyinggung perasaan kalian...maafkan aku krna terlupa...bahawa kalianlah yg sebenar mengajarku erti fatamorgana kehidupan dan bimbingku tanpa sedar menjadi lebih matang mengharunginya... andai anda memilih utk terus membenci dan x maafkan diriku. satu pintaku, cukuplah pertelingkahan ini antara kita. jgnlah sakiti keluargaku, rakan2 ku yg lain...serta guruku. Akhir kata...aku merafak sembah pada Tuhan yg Maha Pengampun, ampuni dosa kalian.

Salam Aidilfitri buat semua...

Wednesday, August 24, 2011

Rintihan

Assalamu'alaikum,

Saya sebenarnya tidaklah pandai mengarang mahupun menggubah puisi dan sajak. Apa yang tercatit dalam puisi berikut adalah damba seorang hamba yang perlukan kekuatan untuk mengharungi cabaran hidup. Apapun, harap pembaca menghayati setiap bait ayat dalam puisi (ke sajak?) di bawah ini.


RINTIHAN CINTA-MU, CINTA-KU

Ya Allah...ya Rahman...ya Rahim...
Allahu Rabbi aku minta izin
Bila saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkan kulalai
Akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya cinta
Bila saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku
Dengan bilangan cinta-Mu
Yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku
jatuh hati...
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan
Untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi...
Pintaku yang terakhir
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Engkau palingkan
Wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus
oleh waktu....

-Pencinta-Mu Rabbi-

Saturday, August 20, 2011

Onar Syahdu



Assalamu'alaikum,

Menangis tatkala menonton video ini. Terkenang peristiwa itu. Nostalgia yang terkesan hingga hari ini.

Dulu...

Tidak pernah hendak mengambil kisah untuk berterima kasih dan menghargai dia. Malah macam-macam idea yang difikirkan untuk mendapatkan apa yang saya mahu sungguhpun cara itu menyakiti hatinya. Mereka yang lain memang tidak faham dengan perangai saya. Geram. Belajar malas, yang rajinnya...cari masalah! Mungkin kerana itu, mereka seolah menyamakan saya dengannya.

Sekarang...

Hari ini, genap 10 tahun. Saya tahu, dia bukanlah seorang yang sempurna. Saya tahu, kesan nostalgia itu masih berbekas dalam hati mereka. Namun, perubahan dan jarak masa banyak memberi peluang untukku berubah. Menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran diri yang berharga. Berharga kerana membuatkanku berfikir, menyesali perbuatan lama. Bodoh! Memang perkataan itu yang selalu bermain di minda. Benarlah kata ungkapan, 

'sudah terhantuk baru terngadah'
'hendak terberak, baru hendak gali lubang'
'nasi sudah jadi bubur'

Tetapi...Allah S.W.T Maha Mengetahui, merencana kehidupan manusia. Dipertemukan dengan ramai insan hebat telah memotivasikan diri untuk mencekalkan hati. 

"Historia Magistra Vitae Est" - History is the great teacher of life.
Inilah ungkapan yang digunakan untuk timbal balik 3 pepatah diatas. Pernah sengaja memusing minda (reverse psycology) perihal nasi sudah menjadi bubur. Sungguhpun nasi sudah menjadi bubur, tidak bermakna bubur itu tidak boleh dimakan. Malah boleh diubah menjadi bubur yang lebih sedap sekiranya kena cara dan usahanya. Mungkin boleh menjadi bubur lambuk Kampung Baru...ataupun Bubur Ayam McD. Siapa tahu, berkat usaha dan dorongan insan-insan hebat ini...hati yang pernah terguris dahulu, hari ini menjadi lebih kental bahkan boleh memanfaatkan orang lain.

Nanti...

Akan dicekalkan hati ini untuk terus mencari. Inginku lihat sekali lagi wajah kasihmu. Inginku ceritakan semua yang terbuku di hati ini yang terpendam selama 10 tahun. Mungkin sekarang mereka masih lagi memilih mengunci hati mereka. Tetapi tidak mustahil...ego itu dileburkan, akan dibukakan pintu hati mereka.

"Insya' Allah,awak dapat jumpa dia. Apa pun, dia tetap abah awak"

Sungguhpun ringkas, tetapi susunan ayat ini benar-benar menyentuh hati, memotivasi diri untuk terus mencari. Terima kasih...insan hebat yang ku kagumi.

p/s: adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membahagiakan kedua ibu bapanya walau macam mana sekalipun perangai dan keadaan mereka. Kerana ibu bapa tidak boleh digantikan dengan apa-apa mahupun sesiapa.
 
Salam Hormat.

Friday, August 19, 2011

Gulai Ayam Untuk Dua

RAMADHAN KAREEM

Assalamu'alaikum,

Salam Ramadhan semua. Teringat rancangan Madrasah Syariah, "Ramadhan Kareem..." jawabnya, "Allahu Akram". Memang banyak ilmu baru yang dapat dimanfaatkan menerusi stesen tv terbaru, TV Al-Hijrah. Moga segala amal ibadah kita dalam bulan rahmat, bulan pengampunan ini diterima dan peroleh ganjaran dari Allah S.W.T. 

Untuk artikel kali ini, suka untuk saya tulis perkongsian yang sangat menarik sesuai dengan tema Ramadhan bagi kebanyakkan orang. Jangan risau, Insya' Allah...menambahkan daya ketahanan puasa kita semua. 

PERMULAAN

Bagi kebanyakkan wanita, masakan gulai ayam ini adalah masakan asas yang perlu diketahui. Itu mak saya yang maklumkanlah, kalau ikut fakta sebenar wallahu'alam. Baiklah, berikut adalah resipi yang telah diajari oleh mak saya,. Pn. Rohani Hj. Ismail. TETAPI...penyampaian saya akan sedikit berbeza dengan kebanyakkan orang. Ini kerana bagi saya, blog ini adalah blog perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi. Maka, artikel resipi ini juga akan diselitkan dengan pengalaman kelas memasak mak saya (sepatutnya adik yang kena).

GULAI AYAM 

"Azfar, hari ini mak nak masak gulai ayam. Meh tolong mak. Nak salin...salin. lepas ni mak tak cakap dah. terus je masak"
 "Oh, ok" terus dicapai notepad.  

Kalau ikut hati, hari itu memang berhasrat sekadar menjadi pemerhati bebas (independent spectator). Disebabkan ilmu memasak yang jarang-jarang saya berpeluang belajar, maka dituruti jugalah permintaan untuk melibatkan diri dalam dunia dapur.

"Tu, ambil bawang putih 5 ulas, bawang merah (besar) 1 biji, kentang 1 biji potong 6, siap kupas dan hiris  nanti, basuh."
 "Erk?! baik..." lajunya...nasib baik dapat tangkap semua yang ditutur. Salin. Kalau tidak, memang lupa.

Selesai membasuh, curi-curi tengok apa yang sedang dilakukan mak saya. Ayam yang telah dipotong 6, digaulnya dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

"mak, kenapa ayam tu potong 6. apsal tak 8 ke...12 ke..." saja mengusik mak.
"hish! suka hati kau la nak potong berapa pun. kalau nak makan banyak, potong la banyak"
 "hihi..oh, ok. maka itulah jawapan dari chef kita. salin tu puan-puan" bersahaja seolah sedang mengacara rancangan masakan.

Sakit! Perut kena cubit. Mak jeling tanda meminta berhenti lakukan perbuatan sengal.

"ni mana pulaknya halia dengan serai?"
"aik? bila pulak mak cakap tadi..." langsung digaru kepala yang tidak gatal.
"ish, bertuah. Ni tambah kerja. potong halia sebesar ibu jari. lepas tu hiris kecil-kecil. serai ni, anyak sikit. bagi rasa dia balance bila dalam kuali nanti" 

saya angguk tanda faham.

"ha...ambil tomato ni. potong 4"
"pulak dah..."
 "ah, buat jela...mengomel je. bila nak siapnya?"
 "baik..."

LANGKAH-LANGKAH

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu iaitu langkah-langkah membuat gulai ayam untuk penyediaan 2 orang. Saya tahu, anda penat baca drama saya. Sekarang baru anda faham apa yang dimaksudkan dengan "...menambahkan daya ketahanan puasa kita semua". Nasiblah...bulan puasa ni kita memang kena banyak bersabar.

"ok...Azfar, mula-mula masukkan semua bahan dalam periuk KECUALI tomato"
 "kenapa?"
 "yela...kalau tak nanti, lembik la tomato tu..."
 "oh..."

Mak kemudian mengambil santan (1 jag kecil / kotak) dan cili giling (3 sudu dari botol cili giling adabi). Masukkannya dalam periuk.

"tu apa mak?"
 "ini kerisik..."
 "hah? nak merisik?"
 "KERISIK. cuba la korek telinga kau tu.."
 "taknak...tengah puasa ni." 

Tersenyum mak sambil menggelengkan kepalanya sedikit. Macam-macamlah perangai anak lelakinya yang seorang ini.

Setelah semua bahan (ramuan) dimasukkan bersama santan dan kerisik, mak menggaulkannya sekali sekala sehingga berbubah warna menjadi kekuning-kuningan. Kemudian mak masukkan pula kerisik bersama tomato.

"ha...gaulkan la."
 "lepas tu?"
 "tunggu la sampai betul-betul masak"
 "macam mana?"
 "instict. ish, tengoklah...mendidihnya...tomatonya...ayamnya...,dari situ boleh tau masaknya macam mana"
 "oh..."

Maklumlah...kalau kita dalam proses belajar ni, sebolehnya banyak tanya. barulah betul-betul faham.Beberapa minit selepas itu, siaplah masakan hasil duo anak-beranak. Baunya, memang menggugat iman. Nasiblah belum masa untuk berbuka. Kalau tidak, disitu jugalah saya bedal.

RINGKASAN



Ayam (potong 6)
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih (5 ulas - hiris)
Bawang merah (sebiji - hiris)
Kentang (sebiji - potong 6)
Serai (anyak sedikit)
Halia (sebesar ibu jari - hiris kecil)
Cili giling (3 sudu)
Santan (1 jag kecil)
Tomato (potong 4)
Kerisik (1 paket)

  1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit dan garam hingga rata.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk KECUALI tomato.
  3. Gaulkan sekali sekala.
  4. Masukkan kerisik dan tomato.
  5. Gaul sekali sekala hingga masak.
Selamat mencuba! COOK AT YOUR OWN RISK. Kalau tidak jadi jangan cari saya! haha..

Salam Hormat..

Thursday, August 18, 2011

Penghargaan

UNTUK PENGELOLA

Assalamu'alaikum,

Sebenarnya untuk artikel kali ini adalah lebih berbentuk penghargaan kepada pengusaha laman www.citcat.com  kerana telah mengiktiraf ulasan saya mengenai laman berkenaan pada hujung bulan Julai yang lalu.

Sesungguhnya artikel PACLING tidaklah saya jangkakan untuk mendapat perhatian sesiapa melainkan perkongsian semata. Namun pengiktirafan yang telah diberikan pihak mereka benar-benar membuatkan saya terharu. Saya yakin, penghargaan ikhlas yang diberikan akan membuatkan lebih ramai yakin dengan perisian mereka. Tidak mustahil perisian ini mampu menjangkau jumlah jutaan trafik dalam 1 atau 2 tahun mendatang. 

Diharapkan pihak citcat.com akan lebih aktif memperbaiki perisian sedia ada untuk kegunaan ramai. Saya mencadangkan untuk dimasukkan pula alihan bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Arab dan Perancis. Hal ini kerana jumlah pengguna bahasa tersebut semakin meningkat saban hari dan mampu dimanfaatkan untuk urusan rasmi korporat dan juga kelas-kelas bahasa yang ditawarkan di kebanyakkan universiti samada tempatan mahupun luar negara.

Syabas dan Tahniah buat pasukan kipas-susah-mati citcat.com. Terima kasih sekali lagi kerana mengiktiraf ulasan saya yang tidak seberapa ini.

PAPARAN

Berikut adalah paparan skrin dari laman citcat.com


Sekian, Salam Hormat.

Sunday, August 07, 2011

A Moment with Imam Muda



Video diatas adalah bertujuan panaskan semangat untuk para pembaca. Apa kaitannya dengan artikel saya kali ini? Teruskan membaca.

PERKONGSIAN

Alhamdulillah…

Itulah ungkapan paling sesuai setelah selesai menjayakan “A Moment with Imam Muda” pada 16 Jun 2011 yang lalu. Sebuah program anjuran bersama oleh Mahallah Ali Representative Committee (juga dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej) dan Institute for Language Advancement (IfLA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bertempat di Kafeteria Mahallah Ali dan penganjuran pada semester ketiga bukanlah menjadi tembok penghalang bagi AJK program untuk menjayakannya. Untuk pengetahuan, program ini berkonsepkan sesi ramah mesra antara kesemua peserta Imam Muda siri kedua bersama warga UIA.

Aturcara program dimulakan dengan sesi forum yang dikendali oleh Saudara Muhammad Sidqi Ab. Mala. Bagi memeriahkan majlis, cabutan bertuah dibuat dan 3 orang telah terpilih membawa pulang hamper yang sangat besar (bagi saya).Kemudian seperti kebanyakkan program, juadah disediakan untuk semua yang hadir ke program berkenaan. Sekalung penghargaan pada Noorazah Caterers 75 kerana sudi menjadi penaja makanan kami. Layanan yang mantop diberikan dari pihak Puan Noorazah amatlah kami hargai.

Setelah selesai menjamu selera pada malam berkenaan. Cabaran kesemua peserta Imam Muda siri kedua disahut di gelanggang Kompleks Sukan Lelaki (Stadium Saidina Hamzah), UIAM. Perlawanan persahabatan futsal menyaksikan persaingan sengit antara MRC Ali-CELPAD dan Imam Muda 2-Crew. Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan mempamerkan aksi cemerlang. Ecece…macam beria benar je. Apapun, pasukan tuan rumah (MRC Ali-CELPAD) berjaya menutup malu apabila berjaya menewaskan pasukan Imam Muda-Crew dengan keputusan 8 berbalas 7. Bagaimana boleh begitu banyak? Anda faham-fahamlah ye. Hihi.

Disini, saya kongsikan beberapa gambar program yang berjaya dirakamkan.

Salam Hormat.

ANTARA PAPARAN MENARIK

Poster Program Berkenaan






 Sesi Soal Jawab



 Blogger sukapisang dan bawangungu turut hadir memeriahkan majlis


 Wajah ceria selepas perlawanan


 Blogger muhammadsidqi selaku moderator forum

 Pengetua Mahallah Ali Ibn Abi Talib - Ustaz Fauzi b. Muda

 Antara Pemenang cabutan bertuah.

 Penulis mempengerusikan majlis


Saturday, August 06, 2011

Ajarilah Kami Al-Quran: Bahagian 1

Aku berlindung pada-Mu, ya Allah (Al Musta'adz) dari perkataan dustaku, Mohon keampunan pada-Mu dari keterbatasan lisanku.


BAHAGIAN 1





“Tuan-tuan dan puan-puan,

Para pelajar adalah golongan remaja yang akan menerajui kepimpinan Negara pada masa hadapan. Oleh itu golongan ini perlu memenuhi kualiti yang diperlukan untuk meneruskan pembangunan negara. Mereka hendaklah cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada akademik, ko kurikulum serta sahsiah.”


ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK BEAUFORT II
27-Jun-2005

Kita sedar dan telah ketahui bahawa remaja yakni generasi muda adalah tunjang dan nadi pada sesebuah negara. Remajalah yang bakal mencorakkan masa depan negara berdasarkan kekuatan golongan ini kumpul dan miliki. Jika rosak golongan ini, maka pincanglah masa depan negara tersebut. Pelbagai ungkapan dicipta untuk menggambarkan betapa hal ini tidak boleh dipandang remeh.

“anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya”

Begitu juga ungkapan lama seperti

“bapa borek anak rintik”,
“bagaimana acuan begitulah kuihnya”,
“bagaimana contoh begitulah gubahannya”,
“bagaimana ditanam, begitulah dituai”,
“bagaimana rupa begitulah bayangnya”.

Institusi kekeluargaan memainkan peranan utama dalam membentuk generasi cemerlang dan berkualiti. Hal ini telah dihurai panjang oleh Zalila Isa di tautan berikut.

Dari sudut yang sedikit berbeza, ingin saya tarik perhatian pembaca perihal perkongsian saya kali ini. Ajarilah kami Al-Quran. Mungkin inilah tajuk yang sesuai. Terpanggil untuk menulis mewakili rintihan remaja berusia dalam lingkungan 20-an. Seperti kebanyakkan anak muda yang lain, remaja ini terdampar, hilang punca untuk mencari identiti dalam kekalutan pembangunan pesat infrastruktur negara. Keghairahan pentadbiran negara mengejar wawasan 2020 dan status negara membangun (developed country) telah secara tidak langsung, memejamkan sebelah mata perihal pembangunan sahsiah golongan belia remaja di negara ini. Remaja ini…sedaya upaya mencari jalan terbaik untuk tidak terus hanyut sekaligus membina kualiti sahsiah hidup.

Wajah bersihnya tidak berjaya menutup kegusaran yang terbuku dihati. Senyumnya tidak seperti biasa. Pabila ditanya temannya, remaja ini mengadu dan mengakui mempunyai kelemahan  membaca Al-Quran. Bukan tidak tahu, tetapi tidaklah lancar dan masih merangkak-rangkak membaca ayat-ayat kitab suci ini. Kegusaran itu perlu dipandang serius. Perlu difahami, rata-rata sikap masyarakat kita (orang melayu) akan memandang sinis dan memperlekehkan orang seperti remaja ini. Mana tidaknya, bagi orang-orang tua, kebolehan membaca Al-Quran adalah perkara WAJIB bagi orang Melayu-Islam, apatah lagi seorang lelaki.

RINTIHAN

Katanya, dia telah memilih untuk mendaftarkan diri ke kelas tilawah Al-Quran untuk memperbaiki kelemahannya. Petang itu, wajahnya tidak menggambarkan perkara gembira.

Remaja A: Muram je…kenapa? Oh ya, tadi pergi kelas tilawah kan? Macam mana, ok tak?
Remaja B: Malas la aku nak pergi lagi. Aku ingat nak kelas Ustaz lain la. Menyirap je…
Remaja A: Ai? Apsal?
Remaja B: Mentang-mentanglah aku tak pandai baca Al-Quran, dia perli aku kaw-kaw. Nasib la tak ramai orang dalam kelas tu.

Rasanya tidak perlulah saya mencatatkan setiap butir perbualan dua remaja ini. Apa yang ingin ditekankan ialah sikap pendidik dalam membantu pelajar seperti remaja ini. Mungkin remaja B telah berlaku penambahan cerita, tetapi pokoknya adalah permulaan cara mendidik. Saya sendiri pernah melihat beberapa orang tenaga pengajar seolah merasa bosan tatkala diperdengarkan bacaan dari golongan seperti mereka ini. Malah lebih menjelikkan apabila kebosanan itu dizahirkan dengan beberapa dengusan. Bayangkan apakah perasaan mereka di saat itu? Habis hancur luluh segala hasrat mereka untuk mempelajari Al-Quran. Apatah lagi diperlakukan sedemikian rupa oleh ustaz / ustazah. Secara tidak langsung, rosak persepsi mereka tentang perilaku baik golongan ustaz / ustazah.

Kadang-kadang bentuk soalan yang ditanya dan nada pertanyaan juga perlu difikirkan agar tidak menyinggung perasaan mujahideen ini. Sebagai contoh, “tak pernah mengaji ke sebelum ni?” atau "Selalu baca Al-Quran tak?”. Anda nilailah sendiri yang mana lebih sesuai untuk diajukan.

Golongan seperti remaja ini seharusnya diberikan dorongan agar mereka lebih mengenali Al-Quran. Lebih baik, menanamkan sikap mencintai Al-Quran. MEMBANTU dan bukannya MEMBANTUT. Hal ini kerana bukan mudah bagi mereka ini untuk melawan diri mempelajari Al-Quran yang telah sekian lama ditinggalkannya. Perlu juga dilihat aspek psikologi, golongan remaja mempunyai jiwa memberontak yang tinggi. Bagi lelaki, ego mereka akan semakin menebal dan dikhuatiri membuatkan mereka memilih untuk terus membenci mempelajari dan mendalami intipati Al-Quran sekiranya diperlaku sedemikian rupa. Na’uzubillah. Kesungguhan mereka untuk hadir ke kelas Al-Quran merupakan jihad. Maka sanjungilah semangat jihad mereka ini dan tidak wajar diperlekehkan.

Saya yakin para pendidik sebenarnya tahu bagaimana hendak mengendalikan kelas dan berdepan dengan pelajar sedemikian. Cuma mungkin dikaburi oleh emosi dan tekanan sekeliling yang akhirnya perkara tersebut diambil mudah atas dasar menjalankan tugas.  Justeru, saya menyeru para pendidik untuk perhalusi teknik untuk menjadikan kelas lebih menarik sekaligus menanamkan minat terutama pada golongan seperti mereka. Insya’ Allah, berkat usaha tenaga pengajar mampu merubah peribadi mereka. Sesuai dengan firman Allah S.W.T:



"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian." 
(Al-Isra': 82)

bersambung...

Salam Hormat.
 
Copyright © 2010 Mohamad Azfar. All rights reserved.