Wednesday, November 30, 2005

MCHUSS team!

Image hosted by Photobucket.com
ni gambar masa kat 'mchuss young leaders and seminar'kat sungai congkak. yang senyum baik punya tu...saya...ni adalah gambar kumpulan 5 yang bijak lagi comel2 belaka! ahaks! rasanya tak perlu buat laporan sebab laporan dah ada. Hanya perlu tekan kat sini k jumpa lagi...

Saturday, November 26, 2005

Kenangan

Image hosted by Photobucket.com
inilah gambar kenangan masa aku kat Tanjung Bidara, Melaka. Ketika mengikuti Perkampungan Penulis Muda peringkat Kuala Lumpur tahun 2004. Dalam program tu, kami telah diajar teknik untuk menghasilkan sajak dan cerpen yang sebenar. Menerusi pendedahan ini, kami telah diberi kepercayaan untuk memperkembangkan lagi kesusasteraan dan bahasa Melayu itu sendiri.
~ Biarlah kita dikatakan skema, selagi bahasa bangsa kita sendiri kita pertahankan!~

Sekolah Menengah Maxwell Kuala Lumpur

LENCANA SMK MAXWELL

Image hosting by Photobucket

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell telah direka oleh En. Donald Priestly pada tahun 1954. En. Donald Priestly juga adalah salah seorang pengetua sekolah ini. Setiap bahagian lencana ini mempunyai maksudnya tersendiri yang melambangkan kemegahan Maxwell. Maksud lencana sekolah :
a)Warna hijau pada lencana ini melambangkan agama.
b)Warna kuning melambangkan warna Diraja.
c)Warna biru dan putih melambangkan usia muda dan belia.
Terdapat perisai dan buku yang terbuka serta harimau di sebelahnya melambangkan semangat dan disiplin yang tinggi dalam menuntut ilmu."Discout Serviam" ialah motto SMK Maxwell yang bermaksud "Belajar untuk berkhidmat".Terdapat lapan jalur biru muda dan putih yang melambangkan pencarian ilmu dan kebenaran serta pembinaan sahsiah di kalangan pelajar supaya mereka dapat berbakti kepada sekolah dan negara.

Thursday, November 24, 2005

Hiya

Hiya everyone!
This is my first blog.Yup :) this could be the test. I just learn it alone with no one.
Okay.Have a nice view to look around this home page!
see ya!
 
Copyright © 2010 Mohamad Azfar. All rights reserved.