Friday, August 19, 2011

Gulai Ayam Untuk Dua

RAMADHAN KAREEM

Assalamu'alaikum,

Salam Ramadhan semua. Teringat rancangan Madrasah Syariah, "Ramadhan Kareem..." jawabnya, "Allahu Akram". Memang banyak ilmu baru yang dapat dimanfaatkan menerusi stesen tv terbaru, TV Al-Hijrah. Moga segala amal ibadah kita dalam bulan rahmat, bulan pengampunan ini diterima dan peroleh ganjaran dari Allah S.W.T. 

Untuk artikel kali ini, suka untuk saya tulis perkongsian yang sangat menarik sesuai dengan tema Ramadhan bagi kebanyakkan orang. Jangan risau, Insya' Allah...menambahkan daya ketahanan puasa kita semua. 

PERMULAAN

Bagi kebanyakkan wanita, masakan gulai ayam ini adalah masakan asas yang perlu diketahui. Itu mak saya yang maklumkanlah, kalau ikut fakta sebenar wallahu'alam. Baiklah, berikut adalah resipi yang telah diajari oleh mak saya,. Pn. Rohani Hj. Ismail. TETAPI...penyampaian saya akan sedikit berbeza dengan kebanyakkan orang. Ini kerana bagi saya, blog ini adalah blog perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi. Maka, artikel resipi ini juga akan diselitkan dengan pengalaman kelas memasak mak saya (sepatutnya adik yang kena).

GULAI AYAM 

"Azfar, hari ini mak nak masak gulai ayam. Meh tolong mak. Nak salin...salin. lepas ni mak tak cakap dah. terus je masak"
 "Oh, ok" terus dicapai notepad.  

Kalau ikut hati, hari itu memang berhasrat sekadar menjadi pemerhati bebas (independent spectator). Disebabkan ilmu memasak yang jarang-jarang saya berpeluang belajar, maka dituruti jugalah permintaan untuk melibatkan diri dalam dunia dapur.

"Tu, ambil bawang putih 5 ulas, bawang merah (besar) 1 biji, kentang 1 biji potong 6, siap kupas dan hiris  nanti, basuh."
 "Erk?! baik..." lajunya...nasib baik dapat tangkap semua yang ditutur. Salin. Kalau tidak, memang lupa.

Selesai membasuh, curi-curi tengok apa yang sedang dilakukan mak saya. Ayam yang telah dipotong 6, digaulnya dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

"mak, kenapa ayam tu potong 6. apsal tak 8 ke...12 ke..." saja mengusik mak.
"hish! suka hati kau la nak potong berapa pun. kalau nak makan banyak, potong la banyak"
 "hihi..oh, ok. maka itulah jawapan dari chef kita. salin tu puan-puan" bersahaja seolah sedang mengacara rancangan masakan.

Sakit! Perut kena cubit. Mak jeling tanda meminta berhenti lakukan perbuatan sengal.

"ni mana pulaknya halia dengan serai?"
"aik? bila pulak mak cakap tadi..." langsung digaru kepala yang tidak gatal.
"ish, bertuah. Ni tambah kerja. potong halia sebesar ibu jari. lepas tu hiris kecil-kecil. serai ni, anyak sikit. bagi rasa dia balance bila dalam kuali nanti" 

saya angguk tanda faham.

"ha...ambil tomato ni. potong 4"
"pulak dah..."
 "ah, buat jela...mengomel je. bila nak siapnya?"
 "baik..."

LANGKAH-LANGKAH

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu iaitu langkah-langkah membuat gulai ayam untuk penyediaan 2 orang. Saya tahu, anda penat baca drama saya. Sekarang baru anda faham apa yang dimaksudkan dengan "...menambahkan daya ketahanan puasa kita semua". Nasiblah...bulan puasa ni kita memang kena banyak bersabar.

"ok...Azfar, mula-mula masukkan semua bahan dalam periuk KECUALI tomato"
 "kenapa?"
 "yela...kalau tak nanti, lembik la tomato tu..."
 "oh..."

Mak kemudian mengambil santan (1 jag kecil / kotak) dan cili giling (3 sudu dari botol cili giling adabi). Masukkannya dalam periuk.

"tu apa mak?"
 "ini kerisik..."
 "hah? nak merisik?"
 "KERISIK. cuba la korek telinga kau tu.."
 "taknak...tengah puasa ni." 

Tersenyum mak sambil menggelengkan kepalanya sedikit. Macam-macamlah perangai anak lelakinya yang seorang ini.

Setelah semua bahan (ramuan) dimasukkan bersama santan dan kerisik, mak menggaulkannya sekali sekala sehingga berbubah warna menjadi kekuning-kuningan. Kemudian mak masukkan pula kerisik bersama tomato.

"ha...gaulkan la."
 "lepas tu?"
 "tunggu la sampai betul-betul masak"
 "macam mana?"
 "instict. ish, tengoklah...mendidihnya...tomatonya...ayamnya...,dari situ boleh tau masaknya macam mana"
 "oh..."

Maklumlah...kalau kita dalam proses belajar ni, sebolehnya banyak tanya. barulah betul-betul faham.Beberapa minit selepas itu, siaplah masakan hasil duo anak-beranak. Baunya, memang menggugat iman. Nasiblah belum masa untuk berbuka. Kalau tidak, disitu jugalah saya bedal.

RINGKASAN



Ayam (potong 6)
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih (5 ulas - hiris)
Bawang merah (sebiji - hiris)
Kentang (sebiji - potong 6)
Serai (anyak sedikit)
Halia (sebesar ibu jari - hiris kecil)
Cili giling (3 sudu)
Santan (1 jag kecil)
Tomato (potong 4)
Kerisik (1 paket)

  1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit dan garam hingga rata.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk KECUALI tomato.
  3. Gaulkan sekali sekala.
  4. Masukkan kerisik dan tomato.
  5. Gaul sekali sekala hingga masak.
Selamat mencuba! COOK AT YOUR OWN RISK. Kalau tidak jadi jangan cari saya! haha..

Salam Hormat..

0 comments:

Post a Comment

sahutan perjuangan

 
Copyright © 2010 Mohamad Azfar. All rights reserved.