Friday, July 29, 2011

PACLING


Apa itu PACLING?  

Apakah ia merupakan gabungan dari perkataan “Pack” dan “Darling”? Boleh jadi…tapi PACLING yang dimaksudkan adalah hal yang lebih menarik dan ekslusif.

Secara ringkas, PACLING adalah singkatan bagi “Pacific Association for Computational Linguistics” yang merupakan program tahunan bertaraf antarabangsa. Berteraskan pembentangan kertas kerja dan beberapa siri persidangan (conference), program ini juga menggabungkan kajian-kajian yang berkonsepkan penggunaan bahasa menerusi pengkomputeran. Menariknya, untuk tahun ini PACLING dianjurkan di Malaysia malah lebih membanggakan, ia dianjurkan di bumi Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Maklumat lengkap boleh dilayari: http://kict.iium.edu.my/pacling/

Pada awalnya, penulis tidak mahu mengambil berat perihal PACLING kerana telah mengetahuinya secara tidak langsung menerusi perbualan bersama beberapa orang rakan yang telah disenarai pendek sebagai peserta untuk sesi pembentangan bagi program tersebut. Seperti kebiasaan, penulis cuma mengajukan beberapa soalan untuk menjadikan perbualan kami lebih hidup (lively conversation) dan tidaklah sehingga menzahirkan keinginan untuk mengetahuinya lebih dalam satu per satu. 



KEBETULAN

Kebetulan pada hari terakhir program PACLING, penulis berjumpa dengan En. Zahari Othman untuk urusan Mahallah (juga dikenali kolej kediaman di universiti lain). Ramah orangnya. Banyak cerita yang dibualkan sampai hampir kehabisan modal cerita untuk dibualkan. Dari hal urusan mahallah ke hal-hal MRC (akan dikongsi) kemudian ke cerita minyak atar Mekah. Diam. Mati akal sudah. Nak diteruskan perbualan, tiada modal  cerita. Hendak beransur, seperti ada hal yang hendak diberitahu. Terpandang PACLING ditulis di jadual tugasannya di dinding. “Eh? PACLING buat kat UIA ke?” padahal dah tau. “Ha..PACLING ni bagus programnya”

Oleh kerana beliau merupakan ketua teknikal bahagian audio visual (Center for Professional Development), maka tidak hairanlah beliau menggalas tanggungjawab sebagai ketua bahagian teknikal program berkenaan. Langsung diceritanya sedikit mengenai PACLING dan antara yang menarik adalah pembentangan CITCAT.COM.

CitCat.com

CitCat.com  adalah  satu lagi software/laman sembang. Jika anda fikirkan sedemikian, maka anda tersilap! Penulis juga tertipu dengan namanya. Benar, kedengaran seperti laman ruangan sembang tetapi ia bukanlah laman interaktif sosial mahupun laman sembang seperti mIRC (gambar). 



Berkonsepkan “pembelajaran santai”, citcat.com menggabungkan elemen pembelajaran seperti terjemahan 3 bahasa; bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina (Mandarin). 

Lebih menarik, proses terjemahan dikemaskini sehingga mampu menterjemahkan laman web lebih 70% daripada keseluruhan muka. Jika anda bosan dengan terjemahan Google Translator, saya syorkan citcat.com sebagai penggantikannya. Ini kerana alihan bahasanya lebih baik berbanding Google Translator.

Laman web ini juga lebih mesra pengguna dengan menyediakan 4 versi bahasa. Ini secara tidak langsung memudahkan pengguna yang lemah dalam bahasa Inggeris, untuk memilih menggunakan bahasa yang mudah difahaminya iaitu samada bahasa Melayu (Malaysia / Indonesia) mahupun Mandarin.


Tidak terhad dengan kegunaan alih bahasa, citcat.com juga menyediakan pencarian pantas (quick searh) maklumat seperti sambungan Wikipedia. Tahukah anda, citcat.com juga menyediakan sistem alih bahasa dan kata seerti. Jadi, bolehlah pengguna mengetahui keseuaian perkataan untuk ayat-ayat tertentu. Jika penat mempelajari bahasa, citcat.com juga memasukkan sambungan permainan flash (flash/shockwave) sesuai dengan konsep “pembelajaran santai” seperti penulis maklumkan awal tadi. 



Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lawati sendiri laman terjemahan oleh mereka yang hebat ini. www.citcat.com

SAHABAT

Bagi rakan-rakan yang telah berpeluang, menyertai persidangan ini. Penulis sangat kagum dengan kalian. Anda telah membuktikan bahawa pelajar UIAM mampu bertapak di persada antarabangsa. Lebih mengagunkan, mereka ini adalah pelajar perempuan. Sesiapa yang rasa diri mereka lelaki yang berada dalam bidang ICT, nah! Ini cabaran untuk anda. Nasib baik saya tidak termasuk golongan tersebut.

Sekali lagi, tahniah buat Tengku Norhuda, Tengku Fatin dan Asmaa’ Mohamad. Walaubagaimanapun, penulis masih belum mendapat gambaran tepat mengenai software yang dibentangkan mereka. Perempuan….malu nak bercerita. =P

Wakil UIAM di PACLING. Yang kanan sekali terkecuali (bukan penulis)


p/s: artikel di atas adalah salah satu bentuk perjuangan penulis untuk mengembangkan ilmu yang dimiliki walaupun sedikit untuk kebaikan semua. Komen dan kritikan penulis adalah 100% pendirian peribadi dan tidaklah mewakili mana-mana syarikat mahupun mana-mana institusi.

Salam Hormat.

Wednesday, June 03, 2009

Reunion Matric Peers batch 05 /06

Reunion Matric Peers batch 05/06

Venue  : IIUM - Zoo Negara – Kuantan (optional)
Date     : 26 July 2009 (Sunday)
Fees     : RM 30 (including fare, ticket & outstanding expenditure)
                        - makan ikot selera sendiri, x termasuk dlm fees

Tentative:

25/7/2009 Saturday: Arrival of participants from Kuantan campus at IIUM Gombak

26/7/2009 Sunday:

8.30 am            : - Gather at main staircase.
8.50 am            : - Depart to Zoo Negara (lambat tinggal hahaha…)
9.30 am            : - Arrive at Zoo Negara (kira dah siap dapat parking la ni…)
                          - jalan-jalan berhepi sakan
                          - jamak taqdim (kuantan je)
4.30 pm           : convoy to Kuantan hantaq budak2 kuantan (optional)
                          - sape yg x larat ble la…erm..paham2 la ye…
                          - duit minyak n tol share2 la ye sape yg nk p…
7.00 pm           : - Arrive at Kuantan
                          - Leisure at Kuantan campus
9.00 pm           : Depart to IIUM, Gombak
11.30 pm         : Arrive at IIUM, Gombak
  (for gombak student only…yg kuantan, hangpa duk kuantan diam2)


*Please double confirm-kan your attendance before 20th July 2009 for reservation.

* Payment can be made to : - Br. Ramadan (012-7427085 / 019-7587696, Kuantan branch)
                                             - Br. Lukman (017-7239682 / 013-3020561)
                                             - Sr. Farha (017-9666043)

* any inquires…tanye Azfar (017-2411381)…atau Lukman…atau Azfar...atau LukmanATAU trus tanye menerusi blog ni…hee….

Wednesday, November 30, 2005

MCHUSS team!

Image hosted by Photobucket.com
ni gambar masa kat 'mchuss young leaders and seminar'kat sungai congkak. yang senyum baik punya tu...saya...ni adalah gambar kumpulan 5 yang bijak lagi comel2 belaka! ahaks! rasanya tak perlu buat laporan sebab laporan dah ada. Hanya perlu tekan kat sini k jumpa lagi...

Saturday, November 26, 2005

Kenangan

Image hosted by Photobucket.com
inilah gambar kenangan masa aku kat Tanjung Bidara, Melaka. Ketika mengikuti Perkampungan Penulis Muda peringkat Kuala Lumpur tahun 2004. Dalam program tu, kami telah diajar teknik untuk menghasilkan sajak dan cerpen yang sebenar. Menerusi pendedahan ini, kami telah diberi kepercayaan untuk memperkembangkan lagi kesusasteraan dan bahasa Melayu itu sendiri.
~ Biarlah kita dikatakan skema, selagi bahasa bangsa kita sendiri kita pertahankan!~

Sekolah Menengah Maxwell Kuala Lumpur

LENCANA SMK MAXWELL

Image hosting by Photobucket

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell telah direka oleh En. Donald Priestly pada tahun 1954. En. Donald Priestly juga adalah salah seorang pengetua sekolah ini. Setiap bahagian lencana ini mempunyai maksudnya tersendiri yang melambangkan kemegahan Maxwell. Maksud lencana sekolah :
a)Warna hijau pada lencana ini melambangkan agama.
b)Warna kuning melambangkan warna Diraja.
c)Warna biru dan putih melambangkan usia muda dan belia.
Terdapat perisai dan buku yang terbuka serta harimau di sebelahnya melambangkan semangat dan disiplin yang tinggi dalam menuntut ilmu."Discout Serviam" ialah motto SMK Maxwell yang bermaksud "Belajar untuk berkhidmat".Terdapat lapan jalur biru muda dan putih yang melambangkan pencarian ilmu dan kebenaran serta pembinaan sahsiah di kalangan pelajar supaya mereka dapat berbakti kepada sekolah dan negara.

Thursday, November 24, 2005

Hiya

Hiya everyone!
This is my first blog.Yup :) this could be the test. I just learn it alone with no one.
Okay.Have a nice view to look around this home page!
see ya!
 
Copyright © 2010 Mohamad Azfar. All rights reserved.