Assalamu'alaikum,
Saya sebenarnya tidaklah pandai mengarang mahupun menggubah puisi dan sajak. Apa yang tercatit dalam puisi berikut adalah damba seorang hamba yang perlukan kekuatan untuk mengharungi cabaran hidup. Apapun, harap pembaca menghayati setiap bait ayat dalam puisi (ke sajak?) di bawah ini.
RINTIHAN CINTA-MU, CINTA-KU
Ya Allah...ya Rahman...ya Rahim...
Allahu Rabbi aku minta izin
Bila saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkan kulalai
Akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya cinta
Bila saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku
Dengan bilangan cinta-Mu
Yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku
jatuh hati...
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan
Untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi...
Pintaku yang terakhir
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Engkau palingkan
Wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus
oleh waktu....
-Pencinta-Mu Rabbi-
Showing posts with label ajarilah kami. Show all posts
Showing posts with label ajarilah kami. Show all posts
Wednesday, August 24, 2011
Saturday, August 20, 2011
Onar Syahdu
Assalamu'alaikum,
Menangis tatkala menonton video ini. Terkenang peristiwa itu. Nostalgia yang terkesan hingga hari ini.
Dulu...
Tidak pernah hendak mengambil kisah untuk berterima kasih dan menghargai dia. Malah macam-macam idea yang difikirkan untuk mendapatkan apa yang saya mahu sungguhpun cara itu menyakiti hatinya. Mereka yang lain memang tidak faham dengan perangai saya. Geram. Belajar malas, yang rajinnya...cari masalah! Mungkin kerana itu, mereka seolah menyamakan saya dengannya.
Sekarang...
Hari ini, genap 10 tahun. Saya tahu, dia bukanlah seorang yang sempurna. Saya tahu, kesan nostalgia itu masih berbekas dalam hati mereka. Namun, perubahan dan jarak masa banyak memberi peluang untukku berubah. Menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran diri yang berharga. Berharga kerana membuatkanku berfikir, menyesali perbuatan lama. Bodoh! Memang perkataan itu yang selalu bermain di minda. Benarlah kata ungkapan,
'sudah terhantuk baru terngadah'
'hendak terberak, baru hendak gali lubang'
'nasi sudah jadi bubur'
Tetapi...Allah S.W.T Maha Mengetahui, merencana kehidupan manusia. Dipertemukan dengan ramai insan hebat telah memotivasikan diri untuk mencekalkan hati.
"Historia Magistra Vitae Est" - History is the great teacher of life.
Inilah ungkapan yang digunakan untuk timbal balik 3 pepatah diatas. Pernah sengaja memusing minda (reverse psycology) perihal nasi sudah menjadi bubur. Sungguhpun nasi sudah menjadi bubur, tidak bermakna bubur itu tidak boleh dimakan. Malah boleh diubah menjadi bubur yang lebih sedap sekiranya kena cara dan usahanya. Mungkin boleh menjadi bubur lambuk Kampung Baru...ataupun Bubur Ayam McD. Siapa tahu, berkat usaha dan dorongan insan-insan hebat ini...hati yang pernah terguris dahulu, hari ini menjadi lebih kental bahkan boleh memanfaatkan orang lain.
Nanti...
Akan dicekalkan hati ini untuk terus mencari. Inginku lihat sekali lagi wajah kasihmu. Inginku ceritakan semua yang terbuku di hati ini yang terpendam selama 10 tahun. Mungkin sekarang mereka masih lagi memilih mengunci hati mereka. Tetapi tidak mustahil...ego itu dileburkan, akan dibukakan pintu hati mereka.
"Insya' Allah,awak dapat jumpa dia. Apa pun, dia tetap abah awak"
Sungguhpun ringkas, tetapi susunan ayat ini benar-benar menyentuh hati, memotivasi diri untuk terus mencari. Terima kasih...insan hebat yang ku kagumi.
p/s: adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membahagiakan kedua ibu bapanya walau macam mana sekalipun perangai dan keadaan mereka. Kerana ibu bapa tidak boleh digantikan dengan apa-apa mahupun sesiapa.
Salam Hormat.
Saturday, August 06, 2011
Ajarilah Kami Al-Quran: Bahagian 1
Aku berlindung pada-Mu, ya Allah (Al Musta'adz) dari perkataan dustaku, Mohon keampunan pada-Mu dari keterbatasan lisanku.
BAHAGIAN 1
“Tuan-tuan dan puan-puan,
RINTIHAN
“Tuan-tuan dan puan-puan,
Para pelajar adalah golongan remaja yang akan menerajui kepimpinan Negara pada masa hadapan. Oleh itu golongan ini perlu memenuhi kualiti yang diperlukan untuk meneruskan pembangunan negara. Mereka hendaklah cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada akademik, ko kurikulum serta sahsiah.”
ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK BEAUFORT II
27-Jun-2005
Kita sedar dan telah ketahui bahawa remaja yakni generasi muda adalah tunjang dan nadi pada sesebuah negara. Remajalah yang bakal mencorakkan masa depan negara berdasarkan kekuatan golongan ini kumpul dan miliki. Jika rosak golongan ini, maka pincanglah masa depan negara tersebut. Pelbagai ungkapan dicipta untuk menggambarkan betapa hal ini tidak boleh dipandang remeh.
“anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya”.
Begitu juga ungkapan lama seperti
“bapa borek anak rintik”,
“bagaimana acuan begitulah kuihnya”,
“bagaimana contoh begitulah gubahannya”,
“bagaimana ditanam, begitulah dituai”,
“bagaimana rupa begitulah bayangnya”.
Institusi kekeluargaan memainkan peranan utama dalam membentuk generasi cemerlang dan berkualiti. Hal ini telah dihurai panjang oleh Zalila Isa di tautan berikut.
Dari sudut yang sedikit berbeza, ingin saya tarik perhatian pembaca perihal perkongsian saya kali ini. Ajarilah kami Al-Quran. Mungkin inilah tajuk yang sesuai. Terpanggil untuk menulis mewakili rintihan remaja berusia dalam lingkungan 20-an. Seperti kebanyakkan anak muda yang lain, remaja ini terdampar, hilang punca untuk mencari identiti dalam kekalutan pembangunan pesat infrastruktur negara. Keghairahan pentadbiran negara mengejar wawasan 2020 dan status negara membangun (developed country) telah secara tidak langsung, memejamkan sebelah mata perihal pembangunan sahsiah golongan belia remaja di negara ini. Remaja ini…sedaya upaya mencari jalan terbaik untuk tidak terus hanyut sekaligus membina kualiti sahsiah hidup.
Wajah bersihnya tidak berjaya menutup kegusaran yang terbuku dihati. Senyumnya tidak seperti biasa. Pabila ditanya temannya, remaja ini mengadu dan mengakui mempunyai kelemahan membaca Al-Quran. Bukan tidak tahu, tetapi tidaklah lancar dan masih merangkak-rangkak membaca ayat-ayat kitab suci ini. Kegusaran itu perlu dipandang serius. Perlu difahami, rata-rata sikap masyarakat kita (orang melayu) akan memandang sinis dan memperlekehkan orang seperti remaja ini. Mana tidaknya, bagi orang-orang tua, kebolehan membaca Al-Quran adalah perkara WAJIB bagi orang Melayu-Islam, apatah lagi seorang lelaki.
RINTIHAN
Katanya, dia telah memilih untuk mendaftarkan diri ke kelas tilawah Al-Quran untuk memperbaiki kelemahannya. Petang itu, wajahnya tidak menggambarkan perkara gembira.
Remaja A: Muram je…kenapa? Oh ya, tadi pergi kelas tilawah kan? Macam mana, ok tak?
Remaja B: Malas la aku nak pergi lagi. Aku ingat nak kelas Ustaz lain la. Menyirap je…
Remaja A: Ai? Apsal?
Remaja B: Mentang-mentanglah aku tak pandai baca Al-Quran, dia perli aku kaw-kaw. Nasib la tak ramai orang dalam kelas tu.
Rasanya tidak perlulah saya mencatatkan setiap butir perbualan dua remaja ini. Apa yang ingin ditekankan ialah sikap pendidik dalam membantu pelajar seperti remaja ini. Mungkin remaja B telah berlaku penambahan cerita, tetapi pokoknya adalah permulaan cara mendidik. Saya sendiri pernah melihat beberapa orang tenaga pengajar seolah merasa bosan tatkala diperdengarkan bacaan dari golongan seperti mereka ini. Malah lebih menjelikkan apabila kebosanan itu dizahirkan dengan beberapa dengusan. Bayangkan apakah perasaan mereka di saat itu? Habis hancur luluh segala hasrat mereka untuk mempelajari Al-Quran. Apatah lagi diperlakukan sedemikian rupa oleh ustaz / ustazah. Secara tidak langsung, rosak persepsi mereka tentang perilaku baik golongan ustaz / ustazah.
Kadang-kadang bentuk soalan yang ditanya dan nada pertanyaan juga perlu difikirkan agar tidak menyinggung perasaan mujahideen ini. Sebagai contoh, “tak pernah mengaji ke sebelum ni?” atau "Selalu baca Al-Quran tak?”. Anda nilailah sendiri yang mana lebih sesuai untuk diajukan.
Rasanya tidak perlulah saya mencatatkan setiap butir perbualan dua remaja ini. Apa yang ingin ditekankan ialah sikap pendidik dalam membantu pelajar seperti remaja ini. Mungkin remaja B telah berlaku penambahan cerita, tetapi pokoknya adalah permulaan cara mendidik. Saya sendiri pernah melihat beberapa orang tenaga pengajar seolah merasa bosan tatkala diperdengarkan bacaan dari golongan seperti mereka ini. Malah lebih menjelikkan apabila kebosanan itu dizahirkan dengan beberapa dengusan. Bayangkan apakah perasaan mereka di saat itu? Habis hancur luluh segala hasrat mereka untuk mempelajari Al-Quran. Apatah lagi diperlakukan sedemikian rupa oleh ustaz / ustazah. Secara tidak langsung, rosak persepsi mereka tentang perilaku baik golongan ustaz / ustazah.
Kadang-kadang bentuk soalan yang ditanya dan nada pertanyaan juga perlu difikirkan agar tidak menyinggung perasaan mujahideen ini. Sebagai contoh, “tak pernah mengaji ke sebelum ni?” atau "Selalu baca Al-Quran tak?”. Anda nilailah sendiri yang mana lebih sesuai untuk diajukan.
Golongan seperti remaja ini seharusnya diberikan dorongan agar mereka lebih mengenali Al-Quran. Lebih baik, menanamkan sikap mencintai Al-Quran. MEMBANTU dan bukannya MEMBANTUT. Hal ini kerana bukan mudah bagi mereka ini untuk melawan diri mempelajari Al-Quran yang telah sekian lama ditinggalkannya. Perlu juga dilihat aspek psikologi, golongan remaja mempunyai jiwa memberontak yang tinggi. Bagi lelaki, ego mereka akan semakin menebal dan dikhuatiri membuatkan mereka memilih untuk terus membenci mempelajari dan mendalami intipati Al-Quran sekiranya diperlaku sedemikian rupa. Na’uzubillah. Kesungguhan mereka untuk hadir ke kelas Al-Quran merupakan jihad. Maka sanjungilah semangat jihad mereka ini dan tidak wajar diperlekehkan.
Saya yakin para pendidik sebenarnya tahu bagaimana hendak mengendalikan kelas dan berdepan dengan pelajar sedemikian. Cuma mungkin dikaburi oleh emosi dan tekanan sekeliling yang akhirnya perkara tersebut diambil mudah atas dasar menjalankan tugas. Justeru, saya menyeru para pendidik untuk perhalusi teknik untuk menjadikan kelas lebih menarik sekaligus menanamkan minat terutama pada golongan seperti mereka. Insya’ Allah, berkat usaha tenaga pengajar mampu merubah peribadi mereka. Sesuai dengan firman Allah S.W.T:
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian."
(Al-Isra': 82)
bersambung...
Salam Hormat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

